TEMPAT-TEMPAT PENTING DI MEKAH

Kosmologi Tanah Arab

HAFIZAH BINTI MOHD ISA

PELAJAR DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH

KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL ASAL:MELAKA

NUR SYAHIDA BINTI LOFTI AMIR

PELAJAR DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH

KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL ASAL:SELANGOR

NUR MUNIRAH BINTI MOHD MUNIR

PELAJAR DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH

KOLEJ PROFESIONAL BAITUMAL ASAL:SELANGOR

NUR RASYIQAH BINTI MOHD RIDZUAN

PELAJAR DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH

KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL ASAL:PAHANG

NUR MAISARAH BINTI MUSTAKIM

PELAJAR DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH

KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL SELANGOR

Mekah atau Makkah Al-Mukarramah merupakan sebuah kota utama di Arab Saudi. Makkah Al-Mukarramah adalah tempat yang dipilih oleh Allah S.W.T sebagai tempat bagi RumahNya. Oleh kerana itu, Dia menyucikan dan menjadikannya sebagai tanah suci yang damai dan aman. Selain itu, dapat melipatgandakan amal kebajikan yang dikerjakan disana, serta menjadikannya sebagai masjid dan kiblat bagi seluruh muslimin diseluruh dunia. Dia juga berwasiat untuk kebaikan penduduknya dan melindungi darah semua makhluk yang berada di dalamnya, hatta burung dan binatang melata sekalipun. Di Kota Mekah juga merupakan tempat umat islam mengerjakan haji dan umrah selain Kota Madinah. Oleh itu, Allah S.W.T telah mewajibkan setiap umat islam  menunaikan ibadah haji dan umrah disana, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Selain itu, terdapat beberapa tempat utama yang wujud di Mekah seperti Gua HIra', Gua Thur, Mina dan sebagainya. Kesimpulannya, tempat-tempat ini mempunyai sejarah dan keistimewaannya yang tersendiri.

                                                                                                                                                                                                   HAFIZAH 
JABAL NUR & GUA HIRA' imageJABAL NUR & GUA HIRA' image
Kedudukan Jabal Nur terletak di sebelah timur laut Masjidilharam. Di samping itu, Jabal Nur ini juga dikenali sebagai Jabal Hira. Hal ini kerana, Gua Hira terletak di puncak bukit tersebut. Selain itu, bukit ini berada pada ketinggian 281 meter dari permukaan tanah dan mengambil masa selama 1 jam untuk sampai ke puncak bukit tersebut.

Hira' terletak di sebelah Timur Laut Masjidilharam. Gua Hira' juga disebut sebagai Jabal Hira'. Ia bersempena terletaknya di puncak Jabal Nur iaitu Bukit Cahaya di Wilayah Hijaz, Saudi Arabia. Ketinggian Gua Hira' dari permukaan tanah kira-kira dalam 281 meter. Gua Hira' ini jika didaki mengambil masa selama satu jam. Gua Hira' juga adalah tempat kesukaan Rasulullah SAW berbanding dengan gua-gua yang lain. Di gua ini juga merupakan tempat Rasulullah SAW untuk menyendiri dan melakukan ibadat sebelum Baginda dilantik menjadi Nabi dan Rasul. Selain itu, Gua Hira' juga menjadi saksi tempat turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah SAW dan diperintahkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril untuk membaca (iqra').

Seterusnya, pintu gua ini menghadap ke arah utara. Jika seseorang berada di dalam gua ini, ia akan dapat melihat Kaabah. Di samping itu, untuk masuk ke dalam Gua Hira' ini, seseorang itu harus menyusup diantara dua batu yang lebarnya kira-kira 60cm. Gua ini juga tidak terlalu besar dengan panjangnya kira-kira 3 meter serta lebarnya pula tidak sekata. Selain itu, ukuran Gua Hira' yang paling luas lebih kurang 1.3 meter dengan ketinggiannya sekitar 2 meter.Tambahan pula, gua ini hanya mampu memuatkan sekurang-kurangnya 2 orang sahaja untuk menunaikan solat dalam satu-satu masa. Di bahagian kanan gua pula, terdapat satu teras (bendul) iaitu batu yang boleh digunakan untuk menunaikan solat secara duduk.


Akhirnya, Gua Hira' terpilih untuk menerima beberapa kelebihan dan kemuliaan yang tidak dimiliki oleh bukit-bukit yang lain. Di Gua Hira' ini juga, Allah telah memuliakannya dengan menjadikan sebagai tempat untuk Rasulullah SAW beribadat dan tempat turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah SAW.

Saidatina Aisyah r.a. berkata: "Keadaan Rasulullah SAW pada permulaan mendapat wahyu ialah melalui mimpi yang benar dalam tidur. Baginda dapat melihatnya dengan jelas seperti bermulanya waktu Subuh, kemudian Baginda suka bersendirian . Rasulullah SAW mula bersendirian di Gua Hira' untuk beribadat (tidak ada ulama' yang menceritakan apakah bentuk atau jenis ibadat yang dilakukan sebelum turunnya wahyu) untuk beberapa lama (Baginda berada di sana ) sehinggalah kebenaran (wahyu) datang kepadanya ketika Baginda berada di dalam Gua Hira'.

Baginda bersabda: "Malaikat datang dan berkata: "Bacalah!" . Dan aku berkata: "Aku tidak tahu membaca" . Jibrail lalu memelukku dengan begitu kuat sehingga aku tidak tertahan lagi. Kemudian dia melepaskan aku dan berkata: "Bacalah!" . Aku terus berkata: "Aku tidak tahu membaca" . Dia sekali lagi memelukku dengan begitu kuat sehingga aku tidak tertahan lagi. Lalu dia melepaskan aku dan berkata lagi,"Bacalah" . Aku berkata lagi: "Aku tidak tahu membaca" . Untuk kali yang ketiga dia memelukku dengan begitu kuat sehingga aku tidak tertahan lagi. Lalu dia melepaskan aku dan berkata, 
Maksudnya: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta (semua makhluk). Dia menjadikan manusia daripada tanah liat. Bacalah! dan Tuhanmu adalah Yang Paling Mulia" .  (Surah Al-'Alaq: 1-3)

Setelah itu, Rasulullah SAW terus kembali ke rumahnya bersama wahyu yang diterimanya dalam ketakutan dengan hati yang berdebar. Lalu, Saidatina Khadijah menenangkan Baginda.

                                                                                                                                                                                             HAFIZAH
JABAL RAHMAH image
Jabal rahmah adalah bukit bebatuan yang tinggi sekitar 70 meter. Di tengah Jabal Rahmah, mempunyai tugu dan monumen yang diperbuat daripada beton persegi empat yang berwarna putih. Selain itu, lebarJabal Rahmah berukuran 1.8 meter manakala tingginya pula ialah 8 meter. Jabal Rahmah terletak di Padang Arafah. Jabal Rahmah juga dikenali sebagai Bukit Kasih Sayang yang berasal dari kata rahmah yang bermaksud kasih sayang. Seterusnya Jabal Rahmah menjadi saksi pada 3 peristiwa penting iaitu pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa. Nabi Adam dan Siti Hawa dahulunya berada di syurga. Mereka dicampakkan dari syurga ke bumi kerana  melanggar perintah Allah. Setelah berpuluh tahun mereka berdoa dan memohon ampun, maka Allah menerima taubatnya dan Allah mempertemukan Nabi Adam dan Siti Hawa di Jabal Rahmah. Mereka berdua berkata "Ya tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam orang-orang yang rugi (surah Al-A'raf:23). Setelah mereka dipertemukan maka Nabi Adam dan Siti Hawa meneruskan kehidupanya sehingga keturunan mereka berkembang.

Seterusnya, menjadi saksi peristiwa mimpi Nabi Ibrahim A.S. . Nabi Ibrahim sejak muda lagi sudah suka berkorban dan mempunyai ratusan ternakan yang akan dikorbankan demi menjalankan perintah Allah sehingga beliau sempat mengucapkan "Jangan ternak apapun yang aku miliki jika Allah menghendaki maka akan ku berikan" .Sehingga setelah berpuluh tahun kemudian, Allah ingin membuktikan janji Nabi Ibrahim maka Allah memberikan petunjuk melalui mimpi. Dalam mimpinya Nabi Ibrahim melihat dirinya menyembelih anak kesayangannya, Ismail. Maka ketika anak itu sampai pada umur yang sanggup berusaha bersamanya, beliau berkata, "Wahai Anakku! sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!". Dia Ismail menjawab, "wahai ayahku, lakukan apa yang diperintahkan Allah kepadamu. Inshaallah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar. "(Surah Ash shaffat :102). Lalu Nabi Ibrahim ragu-ragu, Adakah mimpi ini dari Allah? hatinya bimbang. Lalu Allah menunjukkan mimpi yang sama sebanyak 3kali. Dengan itu Nabi Ibrahim semakin yakin kalau mimpi itu berasal dari Allah. Beliau menyedari bahawa mimpi itu benar dari Allah saat ketika beliau di Jabal Rahmah.

Akhirnya peristiwa penting yang menjadi saksi di Jabal Rahmah ialah turunnya wahyu terakhir kepada Rasulullah S.A.W. Di Jabal Rahmah, Rasulullah S.A.W pernah memberikan dakwah yang menjelaskan kesempurnaan agama islam. Khabar tersebut disambut gembira oleh umat muslimin. Namun tidak pada sahabat beliau iaitu Umar Bin Khatab dan Abu Bakar As-Siddiq.Mereka menangis kerana mempunyai firasat bahawa orang yang dikasihi mereka iaitu Rasulullah akan meninggalkan mereka tidak lama lagi.

                                                                                                                                                                                         HAFIZAH
JABAL THUR & GUA THUR imageJABAL THUR & GUA THUR image
Kedudukan Jabal Thur berada di tengah-tengah Kota Mekah dan berada pada jarak 4 km dari selatan Masjidilharam. Ketinggian Jabal Thur ini, dalam sekitar 458 meter. Selain itu, selama 1 jam 30 minit diambil untuk mendaki sampai ke puncak gunung tersebut.

Bukit Thur atau Bukit Thur Sina sangat terkenal dengan sejarah Rasulullah SAW kerana disitu ialah tempat baginda bersembunyi bersama Saidina Abu Bakar As-Siddiq bagi mengelak daripada cubaan membunuh baginda oleh golongan kafir Quraisy. Tetapi peristiwa bersembunyi di Jabar Thur menjadi pencetus awal penghijrahan baginda dari Mekah ke Madinah sehingga baginda mengasaskan negara islam pertama. Selain itu, peristiwa persembunyian di Jabar Thur. Seterusnya, penghijrahan baginda ke Madinah berlaku pada tahun ke-14 kenabian baginda. Rancangan bagi membunuh baginda telah dicadangkan oleh Abu Jahal. Ketika dalam mesyuarat dalam kalangan pembesar Quraisy, seorang lelaki (jelmaan iblis) telah menyokong rancangan pembunuhan ini.


Pada malam yang telah dijanjikan untuk membunuh baginda. 11 pemuda Quraisy telah mengepung rumah baginda untuk membunuhnya iaitu pada waktu subuh ketika baginda ingin pergi ke masjid. Akan tetapi, pada hari tersebut, baginda telah pun keluar dari rumahnya bersama Saidina Abu Bakar tanpa disedari oleh 11 orang pemuda yang terbabit kerana tertidur akibat terlalu mengantuk, malah baginda telah memerintahkan Ali Bin Abi Talib untuk menggantikan tempat tidurnya.


Oleh disebabkan kegagalan rancangan Abu Jahal untuk membunuh Rasulullah, pembesar Quraisy sanggup menawarkan hadiah berupa 100 ekor unta bagi sesiapa yang berjaya menangkap Rasulullah sama ada baginda hidup atau mati.

                                                                                                                                                                                     SYAHIDA
MUZDALIFAH imageMUZDALIFAH image
Muzdalifah terletak di antara Mina dan Arafah. Ia juga dikenali sebagai Jama' kerana manusia berkumpul (ijtima) disitu. Sebab dinamakan Muzdalifah ialah manusia mendatanginya pada permulaan malam atau tengah malam. Disana manusia telah berada berhampiran dengan Mina dan tempat manusia meninggalkannya secara serentak. Dikatakan Nabi Adam a.s dan Siti Hawa telah ditemukan semula di Muzdalifah serta manusia berkumpul di situ. Ia terletak di antara dua Mua'zin (diantara Arafat dan Muassir). Ma'zin Arafat dipanggil Al-Mandhiq iaitu lorong yang sempit. Beberapa orang ulama' telah memberi pengertian antaranya Imam Syafi'e dalam kitabnya Al'Umm. Beliau berkata sempadan Muzdalifah terbentang di antara dua Ma'zin Arafat sehingga kamu berada di Qarn Muhassir. Begitu juga di bahagian kanan dan kiri seluruh kawasan ini lorong-lorong bukit dan pokok-pokok. Kesemuanya merupakan kawasan Muzdalifah. Jaraknya di antara dua Ma'zin dan Wadi Muhassir ialah 4 km lebih manakala luasnya pula kira-kira 12.25 km. Terdapat sesetengah pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Al-Masya'ir Al-Haram ialah seluruh kawasan di dalam sempadan Muzdalifah. Namun ada sebahagian mengatakan Al-Masya'ir Al- Haram hanyalah sebahagian daripada Muzdalifah bukan keseluruhannya. Dalil yang menunjukkan bahawa Al-Masya'ir Al-Haram hanyalah sebahagian daripada Muzdalifah dan bukan seluruh kawasannya, kerana dalam hadith ini menyebut bahawa Rasulullah SAW bermalam di Muzdalifah dan menunaikan solat sunat fajar di situ.

                                                                                                                                                                                    SYAHIDA
BUKIT SAFA & MARWAH imageBUKIT SAFA & MARWAH image
Safa adalah sebuah bukit yang kecil. Ia berada lebih kurang 130 meter di bahagian selatan (agak ke kiri) dari Masjidilharam. Sebuah Kubah telah didirikan di atasnya sekarang. Bukit Safa adalah tempat disyariatkan sebagai permulaan Sa'ie. Bukit Safa juga telah menjadi saksi kepada banyak peristiwa penting yang berlaku sepanjang lipatan sejarah. Antara peristiwanya ialah dakwah Rasulullah SAW di atas Bukit Safa. Rasulullah SAW pernah naik ke atas Bukit Safa ini dan menyeru orang ramai. Kemudiannya, setelah kaum Quraisy berkumpul, Rasulullah SAW telah menyeru mereka supaya beriman kepada Allah, hari kiamat serta ingatkan mereka kepada azab neraka.


Seterusnya, peristiwa Quraisy meminta Bukit Safa dijadikan emas. Orang Quraisy telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata "mohonlah kepada tuhanmu agar Bukit Safa ini dijadikan sebagai bukit emas bagi kami, maka kami akan beriman". Selain itu, peristiwa Bukit Safa menyaksikan beberapa peristiwa sewaktu pembukaan Mekah. Rasulullah SAW telah menjadikan Bukit Safa sebagai tempat pertemuan antara pimpinan tentera selepas menawan Kota Mekah.


Akhirnya, peristiwa Abu Jahal menyakiti Rasulullah SAW di Bukit Safa. Ketika Rasulullah SAW berada di Bukit Safa, Abu Jahal telah datang lalu menyakiti, mencerca serta memukul kepala Rasulullah dengan menggunakan batu sehingga luka dan berdarah. Apabila Hamzah bin Abdul Mutalib tahu akan hal ini, beliau terus mencari Abu Jahal yang ketika itu berada di Nadi (kelab) Quraisy yang berhampiran dengan Kaabah lalu beliau memukul Abu Jahal dengan busur panahnya sehingga luka parah. Kemudiannya Abu Jahal memeluk islam bersama Rasulullah SAW.


Marwah ialah sebuah bukit kecil yang terbina daripada batu api atau geretan. Ia juga terletak kira-kira 300 meter ke arah timur laut dari Rukun Syami di Kaabah. Ia menjadi tempat berakhirnya saie' di sebelah utara. Bukit ini juga merupakan salah satu daripada syiar-syiar yakni tempat melakukan ibadah haji. Bukit ini merupakan bukit kedua tempat Siti Hajar iaitu ibu Ismail berlari-lari untuk mencari air, sebelum terbitnya telaga zamzam.

                                                                                                                                                                                MUNIRAH
BUKIT ABI QUBAIS imageBUKIT ABI QUBAIS image
Bukit Abi Qubais adalah sebuah bukit yang berhadapan dengan Bukit Safa dan Masjidilharam. Tingginya dari aras laut adalah 420 meter manakala tinggi dari atas tanah adalah 120 meter. Selain itu, sebab dinamakan Bukit Abi Qubais, menurut Al-Azraaj ialah Abu Qubais merupakan orang pertama yang membina bangunan diatasnya.

Seterusnya, Ibnu Abbas r.a. berkata : "Bumi yang pertama dicipta adalah tapak Kaabah kemudian dilebarkan kawasan di sekelilingnya, manakala bukit pertama yang dicipta adalah Bukit Abu Qubais". Pada zaman jahiliyyah bukit ini dikenali sebagai nama Al-Amin (Pemegang Amanah) kerana Hajar Aswad disimpan didalam Bukit Abi Qubais ketika berlakunya taufan pada zaman Nabi Nuh a.s. Setelah Nabi Ibrahim membina Kaabah, Malaikat Jibril mengeluarkan Hajar Aswad daripadanya.

Akhirnya, antara keistimewaan Bukit Abi Qubais ialah bukit ini merupakan bukit pertama yang dicipta oleh Allah S.W.T. Seterusnya kedudukannya yang berhadapan dengan Kaabah dan Hajar Aswad pernah disimpan didalamnya. Di bukit ini juga berlakunya peristiwa bulan terbelah dua iaitu salah satu daripada mukjizat Rasulullah SAW. Sebelahnya kelihatan berada diatas Bukit Abi Qubais manakala sebelah lagi diatas Bukit Qu'aiqi'an. Pada hari ini, Istana As-Safa terletak diatas Bukit Abi Qubais.

                                                                                                                                                                                                 MUNIRAH
ARAFAH imageARAFAH image
Arafah dikenali sebagai ‘Arafat’. Dalam Al-Quran ianya disebut sebagai Arafat (عرفات) Arafah dan Arafat disebut dengan kata jama’ walaupun tempatnya satu kerana semua sudut tempat ini dinamakan Arafah. Ulama’ membezakan lafaz ini dengan lafaz mufrad ialah Arafah (9 Zulhijjah) dan Arafat bagi lafaz jama’. Di sini juga merupakan tempat malaikat Jibrail mengajar Nabi Ibrahim tentang manasik haji.


Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud, ”Haji ialah Arafah”. Maka jika seseorang tersebut telah berniat haji akan tetapi tidak sempat untuk berwukuf maka terlepaslah hajinya pada tahun tersebut.
Gunung Arafah atau Gunung Arafat merupakan sebuah bukit berbatu granit yang terletak di sebelah timur Mekah Al-Mukarramah. Tempat ini juga dikenali sebagai Gunung Rahmat (Jabal Rahmah). Menurut pandangan Islam, di puncak bukit inilah Nabi Muhammad SAW menyampaikan pesanan atau khutbah terakhir baginda kepada seluruh umat Islam yang menunaikan ibadah haji bersama baginda sebelum baginda wafat. Selain itu, ketinggian bagi bukit ini ialah kira-kira 70 meter.


Seterusnya,padang Arafah merupakan satu daerah yang sangat luas. Tempat ini juga merupakan tempat umat Islam melaksanakan rukun haji yang kedua iaitu berwukuf di Arafah. Rukun ini terlaksana bagi memperingati kembali peristiwa bagaimana Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa telah dicampakkan ke bumi serta dikeluarkan dari syurga Allah kerana terpedaya dengan tipu daya iblis yang tidak berputus asa dalam menghasut mereka untuk memakan buah Khuldi. Mereka telah dipisahkan di dunia selama 40 tahun dan akhirnya kembali bertemu di Gua Arafah yang terletak di atas Jabal Rahmah. Di sini jugalah mereka bertahun-tahun memohon keampunan daripada Allah dan akhirnya keampunan mereka diterima oleh Allah.


Di samping itu, berwukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah membawa maksud berhenti seketika di Padang Arafah walau sesaat. Dengan cuaca yang panas terik, ia dapat memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai gambaran keadaan sebenar umat Islam sewaktu berada di Padang Mahsyar nanti. Hal ini di mana seluruh umat Islam tanpa mengira pangkat umur mahupun kedudukan, semuanya akan dihimpunkan di tempat yang sama untuk membuat pengadilan berdasarkan amalan baik mahupun buruk semasa hidup di atas muka bumi Allah ini.

                                                                                                                                                                       RASYIQAH
PERKUBURAN MA'LA imagePERKUBURAN MA'LA image
Di Mekah terdapat banyak tanah perkuburan, tetapi yang paling masyhur disana ialah perkuburan Ma'la. Ia terletak disebelah timur Masjidilharam. Al-Fakihi berkata "Kami tidak mengenali mana-mana lembah di Mekah yang betul-betul menghadap kiblat selain daripada lembah tanah perkuburan ini yang menghadap Kaabah di sepanjang kedudukannya.

Daripada Ibn Abbas R.A. katanya: Nabi SAW bersabda:

Yang bermaksud: "Sebaik-baik perkuburan ialah perkuburan ini"

Kata Ibn Juraij:"Yakni Perkuburan Ma'la"


Perkuburan Ma'la atau Al-Mua'lla adalah tempat dimana isteri kesayangan baginda Rasulullah SAW iaitu Siti Khadijah dikebumikan. Disitu juga beberapa para sahabat Nabi Muhammad SAW dimakamkan iaitu Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair, Yasir bin Amar dan Asma' bin Abu Bakar As-Siddiq. Mengikut apa yang diperkatakan dari Abuya Sayyid Muhammad Al Maliki ada lebih kurang 45 para sahabat Nabi dimakamkan disini (Perkuburan Ma'la). Putra Nabi Muhammad SAW, Qasim bin Muhammad SAW yang meninggal pada usia masih kecil juga ditanam disini. Antara yang dimakamkan disini juga ialah datuk Rasulullah SAW iaitu Abdul Mutalib dan pakcik Baginda iaitu Abi Talib.

Perkuburan Al-Ma'la sangat istimewa tempatnya. Dalam hadis yang diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda "Allah membangkitkan dari tempat ini (Perkuburan Ma'la) dan seluruh Tanah Haram 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab atau tanpa perhitungan dosa. Setiap orang dapat membawa 70,000 orang, wajah mereka cerah dan bersinar bagaikan bulan purnama"

Perkuburan Ma'la telah diratakan oleh pemerintah Arab pada zaman kini bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara khurafat.

video:https://youtu.be/AHDFIAP__4k
 
                                                                                                                                                                                RASYIQAH
MINA imageMINA image
Salah satu tempat suci (masya’ir muqodasah) adalah tempat destinasi keempat dalam perjalanan ibadah haji. Mina juga dipilih berdasarkan dua perkara iaitu pertama berasal dari kata yumna yang berarti yuraq dan bermakna memancar darah sembelihan. Mina terletak di antara kota Makkah dan Muzdalifah, jaraknya sekitar tujuh kilometer kearah timur Masjidilharam. Mina adalah tempat bermalam para jemaah haji pada malam ke-10 sampai malam ke-12. Namun begitu ada jemaah yang bermalam di sana sampai malam ke-13. Di mina ramai para jemaah melakukan lontar jamrah. Terdapat tiga jamrah di sana iaitu jamrah Qubra, jamrah Wustha dan jamrah Sughra. Pada hari ke-10 para jemaah melontar jamrah di jamrah Aqabah sebanyak tujuh kali. Seterusnya mereka melontar jamrah di ketiga jamrah yang ada, dimulai dari Sughra, Aqabah dan Wustha. Jarak antara Aqabah dan Wustha adalah 240 meter serta jarak antara Wustha dan Aqabah adalah 148 meter.


Antara kelebihan tentang Mina ialah merupakan salah satu tempat Manasik Haji, seterusnya terdapat Masjid Khaif tempat Allah s.w.t. menghantar kibas kepada Nabi Ibrahim a.s. sebagai ganti sembelihan untuk anaknya Nabi Ismail a.s. dalam kisah korban yang masyhur. Selain itu, pada hari Hajjatul Wada’, surah al-Nasr telah diturunkan di Mina. Gua Mursalat terletak di sebuah bukit yang menhadap ke arah Yaman iaitu di belakang Masjid Khaif. Menurut al-Biladi. Gua tersebut berada di antara Masjid Khaif dan Bukit Sobih.

                                                                                                                                                                            MAISARAH

BUKIT QU'AIQI'AN/BUKIT JABAL HINDI image
Bukit tersebut terletak di sebelah utara Masjidilharam, dan ianya bersebelahan Marwah. Panjang Bukit Qu'aiqi'an dari Asy-Syamiyah hingga ke Harrah Al-Bab. Tingginya pula adalah 430 meter dari aras laut dan 110 meter dari aras bumi. Ia adalah bukit kedua terbesar di Mekah selain Bukit Abi Qubais. Pada era globalisasi ini, Hotel Sofifel terletak diatas Bukit Qu'aiqi'an. Dan pada masa kini juga,  ia dikenali sebagai Bukit Jabal Hindi.

Kini bukit ini digelar dengan bermacam-macam nama mengikut arah kedudukan kampung yang berhadapan dengannya. Di sebelah timur yang berhadapan dengan Ma'la. Hujun ianya dikenali dengan nama Jabal Sulaimaniyyah. Selain itu bahagian yang berhadapan dengan Dahlan pula, dikenali dengan nama Jabal Sudan. Kemudian bahagian di sebelah selatan dikenali dengan nama Jabal Hindi. Sebab dinamakan Qu'aiqi'an kerana pernah berlaku peperangan di antara kaum Jurhum dan Qatura. Di bahagian atas terletak rumah Adbdullah Bin Az-Zubair R.A. Inilah dua bukit yang ditawarkan oleh malaikat untuk dihempaskan ke atas golongan yang menentang Rasulullah S.A.W.. Ianya disebut di dalam hadith dengan nama "Al-Akhsyaibain" (dua bukit besar).

 Peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah S.A.W. menyeru kaum thaqif di Taif dan mereka tidak menyahut seruan Baginda. Pada hari itu, baginda merasa sungguh sedih dan kecewa, lalu berjalan membawa diri sehingga tiba di Qarn Ath-Tha'alib, baginda mendongakkan wajahnya ke langit untuk melihat awan yang datang  memayunginya. Tiba-tiba, baginda melihat malaikat Jibrail A.S. yang memanggilnya  sambil berkata: "Allah S.A.W. mendengar dan mengetahui apa yang telah kamu lalui dan Allah telah menghantar malaikat penjaga gunung untuk kamu arahkan apa saja yang kamu kehendaki terhadap kaummu. "lalu malaikat Penjaga Gunung berseru kepada Rasulullah S.A.W dan berkata: "Wahai Muhammad, perintahlah apa saja, jika kamu mahu akan aku jatuhkan "Al-Akhsyaibain".

                                                                                                                                                                         MAISARAH​​​
Kesimpulannya, kita haruslah mengambil iktibar di sebalik  kisah yang berlaku di sekitar Mekah.
Akhir sekali, kita sebagai umat Islam amat penting untuk mengambil tahu tentang tempat-tempat bersejarah di Mekah yang mempunyai kisahnya yang tersendiri.Hal ini kerana,kita sedia maklum bahawa Kota Mekah merupakan tempat yang dikhususkan untuk umat Islam di seluruh dunia.

                                                                                                                                                                                      MAISARAH
1. BUKU: 
1- TAJUK: MAKKAH AL-MUKARRAMAH KELEBIHAN DAN SEJARAH
NAMA PENERBIT:Abd. Basit Abd. Rahman
PENERBIT:Telaga Biru Sdn. Bhd.
TEMPAT TERBIT:Kuala Lumpur
TAHUN TERBIT:2008
2- TAJUK: MAKKAH AL_MUKARRAMAH DAN FADHILATNYA
NAMA PENERBIT:Abu Muhammad Azhari
PENERBIT:Microlite Resources & Solutions
TEMPAT TERBIT:Kuala Lumpur
TAHUN TERBIT:2004
3- TAJUK: RAHSIA MEKAH
NAMA PENERBIT:'Atiq Bin Ghaits Al-Biladi
PENERBIT:Al-Hidayah Publishers
TEMPAT TERBIT:Kuala Lumpur
TAHUN TERBIT:1999

2:INTERNET
1- https://darulmujtaba.com.
2- https://id.wikipedia.org/wiki/mekah
3- https://kalam.sindonews.com/read/1310977/70/gua-hira-tempat-rasulullah-saw-menerima-wahyu-1527930729
4- http://m.republika.co.id
5- https://m.republika.co.id/amp/nu3gco313
6- https://www.hmetro.com.my/node/251388/amp
7- https://www.islampos.com/jabal-rahmah-saksi-sejarah-3-nabi-102738/
8- https://www.wisataumrahhaji.com/2016/09/tempat-tempat-bersejarah-di-kota-mekkah-html-
9- https://youtu.be/AHDFIAP__4k


I BUILT MY SITE FOR FREE USING