JABAL NUR & GUA HIRA' imageJABAL NUR & GUA HIRA' image
Kedudukan Jabal Nur terletak di sebelah timur laut Masjidilharam. Di samping itu, Jabal Nur ini juga dikenali sebagai Jabal Hira. Hal ini kerana, Gua Hira terletak di puncak bukit tersebut. Selain itu, bukit ini berada pada ketinggian 281 meter dari permukaan tanah dan mengambil masa selama 1 jam untuk sampai ke puncak bukit tersebut.

Hira' terletak di sebelah Timur Laut Masjidilharam. Gua Hira' juga disebut sebagai Jabal Hira'. Ia bersempena terletaknya di puncak Jabal Nur iaitu Bukit Cahaya di Wilayah Hijaz, Saudi Arabia. Ketinggian Gua Hira' dari permukaan tanah kira-kira dalam 281 meter. Gua Hira' ini jika didaki mengambil masa selama satu jam. Gua Hira' juga adalah tempat kesukaan Rasulullah SAW berbanding dengan gua-gua yang lain. Di gua ini juga merupakan tempat Rasulullah SAW untuk menyendiri dan melakukan ibadat sebelum Baginda dilantik menjadi Nabi dan Rasul. Selain itu, Gua Hira' juga menjadi saksi tempat turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah SAW dan diperintahkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril untuk membaca (iqra').

Seterusnya, pintu gua ini menghadap ke arah utara. Jika seseorang berada di dalam gua ini, ia akan dapat melihat Kaabah. Di samping itu, untuk masuk ke dalam Gua Hira' ini, seseorang itu harus menyusup diantara dua batu yang lebarnya kira-kira 60cm. Gua ini juga tidak terlalu besar dengan panjangnya kira-kira 3 meter serta lebarnya pula tidak sekata. Selain itu, ukuran Gua Hira' yang paling luas lebih kurang 1.3 meter dengan ketinggiannya sekitar 2 meter.Tambahan pula, gua ini hanya mampu memuatkan sekurang-kurangnya 2 orang sahaja untuk menunaikan solat dalam satu-satu masa. Di bahagian kanan gua pula, terdapat satu teras (bendul) iaitu batu yang boleh digunakan untuk menunaikan solat secara duduk.


Akhirnya, Gua Hira' terpilih untuk menerima beberapa kelebihan dan kemuliaan yang tidak dimiliki oleh bukit-bukit yang lain. Di Gua Hira' ini juga, Allah telah memuliakannya dengan menjadikan sebagai tempat untuk Rasulullah SAW beribadat dan tempat turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah SAW.

Saidatina Aisyah r.a. berkata: "Keadaan Rasulullah SAW pada permulaan mendapat wahyu ialah melalui mimpi yang benar dalam tidur. Baginda dapat melihatnya dengan jelas seperti bermulanya waktu Subuh, kemudian Baginda suka bersendirian . Rasulullah SAW mula bersendirian di Gua Hira' untuk beribadat (tidak ada ulama' yang menceritakan apakah bentuk atau jenis ibadat yang dilakukan sebelum turunnya wahyu) untuk beberapa lama (Baginda berada di sana ) sehinggalah kebenaran (wahyu) datang kepadanya ketika Baginda berada di dalam Gua Hira'.

Baginda bersabda: "Malaikat datang dan berkata: "Bacalah!" . Dan aku berkata: "Aku tidak tahu membaca" . Jibrail lalu memelukku dengan begitu kuat sehingga aku tidak tertahan lagi. Kemudian dia melepaskan aku dan berkata: "Bacalah!" . Aku terus berkata: "Aku tidak tahu membaca" . Dia sekali lagi memelukku dengan begitu kuat sehingga aku tidak tertahan lagi. Lalu dia melepaskan aku dan berkata lagi,"Bacalah" . Aku berkata lagi: "Aku tidak tahu membaca" . Untuk kali yang ketiga dia memelukku dengan begitu kuat sehingga aku tidak tertahan lagi. Lalu dia melepaskan aku dan berkata, 
Maksudnya: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta (semua makhluk). Dia menjadikan manusia daripada tanah liat. Bacalah! dan Tuhanmu adalah Yang Paling Mulia" .  (Surah Al-'Alaq: 1-3)

Setelah itu, Rasulullah SAW terus kembali ke rumahnya bersama wahyu yang diterimanya dalam ketakutan dengan hati yang berdebar. Lalu, Saidatina Khadijah menenangkan Baginda.

                                                                                                                                                                                             HAFIZAH
I BUILT MY SITE FOR FREE USING