Salah satu tempat suci (masya’ir muqodasah) adalah tempat destinasi keempat dalam perjalanan ibadah haji. Mina juga dipilih berdasarkan dua perkara iaitu pertama berasal dari kata yumna yang berarti yuraq dan bermakna memancar darah sembelihan. Mina terletak di antara kota Makkah dan Muzdalifah, jaraknya sekitar tujuh kilometer kearah timur Masjidilharam. Mina adalah tempat bermalam para jemaah haji pada malam ke-10 sampai malam ke-12. Namun begitu ada jemaah yang bermalam di sana sampai malam ke-13. Di mina ramai para jemaah melakukan lontar jamrah. Terdapat tiga jamrah di sana iaitu jamrah Qubra, jamrah Wustha dan jamrah Sughra. Pada hari ke-10 para jemaah melontar jamrah di jamrah Aqabah sebanyak tujuh kali. Seterusnya mereka melontar jamrah di ketiga jamrah yang ada, dimulai dari Sughra, Aqabah dan Wustha. Jarak antara Aqabah dan Wustha adalah 240 meter serta jarak antara Wustha dan Aqabah adalah 148 meter.
Antara kelebihan tentang Mina ialah merupakan salah satu tempat Manasik Haji, seterusnya terdapat Masjid Khaif tempat Allah s.w.t. menghantar kibas kepada Nabi Ibrahim a.s. sebagai ganti sembelihan untuk anaknya Nabi Ismail a.s. dalam kisah korban yang masyhur. Selain itu, pada hari Hajjatul Wada’, surah al-Nasr telah diturunkan di Mina. Gua Mursalat terletak di sebuah bukit yang menhadap ke arah Yaman iaitu di belakang Masjid Khaif. Menurut al-Biladi. Gua tersebut berada di antara Masjid Khaif dan Bukit Sobih.
MAISARAH