BUKIT ABI QUBAIS imageBUKIT ABI QUBAIS image
Bukit Abi Qubais adalah sebuah bukit yang berhadapan dengan Bukit Safa dan Masjidilharam. Tingginya dari aras laut adalah 420 meter manakala tinggi dari atas tanah adalah 120 meter. Selain itu, sebab dinamakan Bukit Abi Qubais, menurut Al-Azraaj ialah Abu Qubais merupakan orang pertama yang membina bangunan diatasnya.

Seterusnya, Ibnu Abbas r.a. berkata : "Bumi yang pertama dicipta adalah tapak Kaabah kemudian dilebarkan kawasan di sekelilingnya, manakala bukit pertama yang dicipta adalah Bukit Abu Qubais". Pada zaman jahiliyyah bukit ini dikenali sebagai nama Al-Amin (Pemegang Amanah) kerana Hajar Aswad disimpan didalam Bukit Abi Qubais ketika berlakunya taufan pada zaman Nabi Nuh a.s. Setelah Nabi Ibrahim membina Kaabah, Malaikat Jibril mengeluarkan Hajar Aswad daripadanya.

Akhirnya, antara keistimewaan Bukit Abi Qubais ialah bukit ini merupakan bukit pertama yang dicipta oleh Allah S.W.T. Seterusnya kedudukannya yang berhadapan dengan Kaabah dan Hajar Aswad pernah disimpan didalamnya. Di bukit ini juga berlakunya peristiwa bulan terbelah dua iaitu salah satu daripada mukjizat Rasulullah SAW. Sebelahnya kelihatan berada diatas Bukit Abi Qubais manakala sebelah lagi diatas Bukit Qu'aiqi'an. Pada hari ini, Istana As-Safa terletak diatas Bukit Abi Qubais.

                                                                                                                                                                                                 MUNIRAH
I BUILT MY SITE FOR FREE USING