MUZDALIFAH imageMUZDALIFAH image
Muzdalifah terletak di antara Mina dan Arafah. Ia juga dikenali sebagai Jama' kerana manusia berkumpul (ijtima) disitu. Sebab dinamakan Muzdalifah ialah manusia mendatanginya pada permulaan malam atau tengah malam. Disana manusia telah berada berhampiran dengan Mina dan tempat manusia meninggalkannya secara serentak. Dikatakan Nabi Adam a.s dan Siti Hawa telah ditemukan semula di Muzdalifah serta manusia berkumpul di situ. Ia terletak di antara dua Mua'zin (diantara Arafat dan Muassir). Ma'zin Arafat dipanggil Al-Mandhiq iaitu lorong yang sempit. Beberapa orang ulama' telah memberi pengertian antaranya Imam Syafi'e dalam kitabnya Al'Umm. Beliau berkata sempadan Muzdalifah terbentang di antara dua Ma'zin Arafat sehingga kamu berada di Qarn Muhassir. Begitu juga di bahagian kanan dan kiri seluruh kawasan ini lorong-lorong bukit dan pokok-pokok. Kesemuanya merupakan kawasan Muzdalifah. Jaraknya di antara dua Ma'zin dan Wadi Muhassir ialah 4 km lebih manakala luasnya pula kira-kira 12.25 km. Terdapat sesetengah pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Al-Masya'ir Al-Haram ialah seluruh kawasan di dalam sempadan Muzdalifah. Namun ada sebahagian mengatakan Al-Masya'ir Al- Haram hanyalah sebahagian daripada Muzdalifah bukan keseluruhannya. Dalil yang menunjukkan bahawa Al-Masya'ir Al-Haram hanyalah sebahagian daripada Muzdalifah dan bukan seluruh kawasannya, kerana dalam hadith ini menyebut bahawa Rasulullah SAW bermalam di Muzdalifah dan menunaikan solat sunat fajar di situ.

                                                                                                                                                                                    SYAHIDA
I BUILT MY SITE FOR FREE USING