PERKUBURAN MA'LA imagePERKUBURAN MA'LA image
Di Mekah terdapat banyak tanah perkuburan, tetapi yang paling masyhur disana ialah perkuburan Ma'la. Ia terletak disebelah timur Masjidilharam. Al-Fakihi berkata "Kami tidak mengenali mana-mana lembah di Mekah yang betul-betul menghadap kiblat selain daripada lembah tanah perkuburan ini yang menghadap Kaabah di sepanjang kedudukannya.

Daripada Ibn Abbas R.A. katanya: Nabi SAW bersabda:

Yang bermaksud: "Sebaik-baik perkuburan ialah perkuburan ini"

Kata Ibn Juraij:"Yakni Perkuburan Ma'la"


Perkuburan Ma'la atau Al-Mua'lla adalah tempat dimana isteri kesayangan baginda Rasulullah SAW iaitu Siti Khadijah dikebumikan. Disitu juga beberapa para sahabat Nabi Muhammad SAW dimakamkan iaitu Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair, Yasir bin Amar dan Asma' bin Abu Bakar As-Siddiq. Mengikut apa yang diperkatakan dari Abuya Sayyid Muhammad Al Maliki ada lebih kurang 45 para sahabat Nabi dimakamkan disini (Perkuburan Ma'la). Putra Nabi Muhammad SAW, Qasim bin Muhammad SAW yang meninggal pada usia masih kecil juga ditanam disini. Antara yang dimakamkan disini juga ialah datuk Rasulullah SAW iaitu Abdul Mutalib dan pakcik Baginda iaitu Abi Talib.

Perkuburan Al-Ma'la sangat istimewa tempatnya. Dalam hadis yang diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda "Allah membangkitkan dari tempat ini (Perkuburan Ma'la) dan seluruh Tanah Haram 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab atau tanpa perhitungan dosa. Setiap orang dapat membawa 70,000 orang, wajah mereka cerah dan bersinar bagaikan bulan purnama"

Perkuburan Ma'la telah diratakan oleh pemerintah Arab pada zaman kini bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara khurafat.

video:https://youtu.be/AHDFIAP__4k
 
                                                                                                                                                                                RASYIQAH
I BUILT MY SITE FOR FREE USING