Bukit tersebut terletak di sebelah utara Masjidilharam, dan ianya bersebelahan Marwah. Panjang Bukit Qu'aiqi'an dari Asy-Syamiyah hingga ke Harrah Al-Bab. Tingginya pula adalah 430 meter dari aras laut dan 110 meter dari aras bumi. Ia adalah bukit kedua terbesar di Mekah selain Bukit Abi Qubais. Pada era globalisasi ini, Hotel Sofifel terletak diatas Bukit Qu'aiqi'an. Dan pada masa kini juga, ia dikenali sebagai Bukit Jabal Hindi.
Kini bukit ini digelar dengan bermacam-macam nama mengikut arah kedudukan kampung yang berhadapan dengannya. Di sebelah timur yang berhadapan dengan Ma'la. Hujun ianya dikenali dengan nama Jabal Sulaimaniyyah. Selain itu bahagian yang berhadapan dengan Dahlan pula, dikenali dengan nama Jabal Sudan. Kemudian bahagian di sebelah selatan dikenali dengan nama Jabal Hindi. Sebab dinamakan Qu'aiqi'an kerana pernah berlaku peperangan di antara kaum Jurhum dan Qatura. Di bahagian atas terletak rumah Adbdullah Bin Az-Zubair R.A. Inilah dua bukit yang ditawarkan oleh malaikat untuk dihempaskan ke atas golongan yang menentang Rasulullah S.A.W.. Ianya disebut di dalam hadith dengan nama "Al-Akhsyaibain" (dua bukit besar).
Peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah S.A.W. menyeru kaum thaqif di Taif dan mereka tidak menyahut seruan Baginda. Pada hari itu, baginda merasa sungguh sedih dan kecewa, lalu berjalan membawa diri sehingga tiba di Qarn Ath-Tha'alib, baginda mendongakkan wajahnya ke langit untuk melihat awan yang datang memayunginya. Tiba-tiba, baginda melihat malaikat Jibrail A.S. yang memanggilnya sambil berkata: "Allah S.A.W. mendengar dan mengetahui apa yang telah kamu lalui dan Allah telah menghantar malaikat penjaga gunung untuk kamu arahkan apa saja yang kamu kehendaki terhadap kaummu. "lalu malaikat Penjaga Gunung berseru kepada Rasulullah S.A.W dan berkata: "Wahai Muhammad, perintahlah apa saja, jika kamu mahu akan aku jatuhkan "Al-Akhsyaibain".
MAISARAH