Safa adalah sebuah bukit yang kecil. Ia berada lebih kurang 130 meter di bahagian selatan (agak ke kiri) dari Masjidilharam. Sebuah Kubah telah didirikan di atasnya sekarang. Bukit Safa adalah tempat disyariatkan sebagai permulaan Sa'ie. Bukit Safa juga telah menjadi saksi kepada banyak peristiwa penting yang berlaku sepanjang lipatan sejarah. Antara peristiwanya ialah dakwah Rasulullah SAW di atas Bukit Safa. Rasulullah SAW pernah naik ke atas Bukit Safa ini dan menyeru orang ramai. Kemudiannya, setelah kaum Quraisy berkumpul, Rasulullah SAW telah menyeru mereka supaya beriman kepada Allah, hari kiamat serta ingatkan mereka kepada azab neraka.
Seterusnya, peristiwa Quraisy meminta Bukit Safa dijadikan emas. Orang Quraisy telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata "mohonlah kepada tuhanmu agar Bukit Safa ini dijadikan sebagai bukit emas bagi kami, maka kami akan beriman". Selain itu, peristiwa Bukit Safa menyaksikan beberapa peristiwa sewaktu pembukaan Mekah. Rasulullah SAW telah menjadikan Bukit Safa sebagai tempat pertemuan antara pimpinan tentera selepas menawan Kota Mekah.
Akhirnya, peristiwa Abu Jahal menyakiti Rasulullah SAW di Bukit Safa. Ketika Rasulullah SAW berada di Bukit Safa, Abu Jahal telah datang lalu menyakiti, mencerca serta memukul kepala Rasulullah dengan menggunakan batu sehingga luka dan berdarah. Apabila Hamzah bin Abdul Mutalib tahu akan hal ini, beliau terus mencari Abu Jahal yang ketika itu berada di Nadi (kelab) Quraisy yang berhampiran dengan Kaabah lalu beliau memukul Abu Jahal dengan busur panahnya sehingga luka parah. Kemudiannya Abu Jahal memeluk islam bersama Rasulullah SAW.
Marwah ialah sebuah bukit kecil yang terbina daripada batu api atau geretan. Ia juga terletak kira-kira 300 meter ke arah timur laut dari Rukun Syami di Kaabah. Ia menjadi tempat berakhirnya saie' di sebelah utara. Bukit ini juga merupakan salah satu daripada syiar-syiar yakni tempat melakukan ibadah haji. Bukit ini merupakan bukit kedua tempat Siti Hajar iaitu ibu Ismail berlari-lari untuk mencari air, sebelum terbitnya telaga zamzam.
MUNIRAH